Rabu, 4 April 2012

KeS BudAk HiLAng..

ms nk beli nasi kat cafe bawah td aku dok tpandang kat papan tanda lif opis aku..ada cerita pasal kanak - kanak hilang.. budak perempuan n stat hilang pd 1 April... bl tbace jer terus otak aku terpikir n tertanya2 knp byk sgt kes yg melibatkan budak hilang ni..ok kite tolak ketepi kes budak yg ilang sbb lari ikut boipren..itu mmg die sendiri yg cari nahas..tp ni kes yg betul2 hilang..kes yg kite x dpt nk selamatkan kanak2 tu.. 
sejak aku mjadi ibu ni aku amat sensitif sgt kes2 yg berkaitan ngan kanak2 ni.. ye aku sbg ibu dpt merasa bagaimana sayu nyer hati seorang ibu tu bl anak yg dikandung tu xde kat sisi die.. klu ilang n selamat ditemui alhamdulillah..tp bagaimana lak ngan kes dak ilang dpt ditemui tp dalam keadaan yg menyayat hati??? x dapat aku nak gambarkan perasaan itu..
dan setiap kali solat aku xkn lupe berdoa pada ALLAH moga melindungi anak aku NUR WARDAH BATRISYIA dari sebarang bahaya n bencana..aku amat takut skali kalau tjadinyer benda2 x elok kat die... harap pada org2 atau sendikit2 yg melakukan jenayah penculikan kanak2 ni cepat la tersedar..igtlah korang akan berkahwin gak 1 ari nnt n akan mempunyai anak..ape perasaan korang klu anak korang dilakukan mcm tu????
lg 1 klu korang yg bermusuhan ngan ibubapa kanak2 tersebut tolong laaaa...jgn la jadikan kanak2 tersebut sbagai ganti.. kanak2 tu x bersalah n x mengerti langsung pasal permusuhan korang tu... klu x puas ati skali pun berjumpa la ngan makbapak nyer..bkn anak!!!!!
betul org ckp dunia sekarang da x selamat dah.. mmg betul....aku x dpt gambar kan ape akan jd pada ms akan datang...hari ni kes ni da banyak kite dengar mcm ne lak ngan ms akan datang???selamat ke anak2 kite nnt?? masih ada ke mereke di sisi kite nnt??masih dapat ke kite dengar gelak ketawa mereka??? arghhhh takut sgt klu nk di pikirkan...
dan terbaru  aku ada bace kat fb pasal tektik penculikan skang...sama2 lah kite hayati...


sekadar gambar hiasan
Awas! Taktik menculik budak di pasaraya...

Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.
Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui s
istem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya.Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.
Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur , dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.

Siapa pun yang melakukannya – iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya – melakukannya kurang daripada 10 minit !Ini buatkan saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan me reka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.
Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit.Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas
SEBARKAN BERITA INI SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA!



sumber : Facebook


Tiada ulasan:

Catat Ulasan