Selasa, 17 September 2013

new projek ---> Melty Hershey


sekarang aku gila nk buat melty hershey..da xnk buat tiramisu lg..amboiii kemain sombong ko yer...hihi resepi ni da lama pun org buat tp aku yg ketinggalan baru nk tau.. resepi ni still pakai chese gak..biasa ar i kan peminat chese so kalau melibatkan chese mmg wajin ar saya try...

resepi die lebih kurang sama dengan tiramisu tp di olah sikit ngan bahan2 yg lain.. mcm dalam gambar kat bawah ni aku campurkan cornflakes dan juga biskut marrie..so akan rasa rangup2 bila di makan... resepi ni aku ada gak tgk kat blog kak ita da lama tgk baru sekarang tergerak nk try..tp hasil nye mmg cukup2 marbeles arrrr....

kalau tgk gambar yg aku amik mmg x tergoda tp cube korg tgk kat blog kak ita gambar melty hershey die sangat menggugat iman...so kengkawan jom ar try resepi ni..leh tgk kat blog kak ita..tp kalau malas nk klik link tu leh je tgk resepi yg aku bg kat bawah ni k.. makan time sejuk2 mmg terangkat abis ar..1 bekas tu aku sorang je mkn semalam sambil ngadap telefon..hihihi


Melty Hershey

Melty Hershey
Lapisan 1
Biskut Oreo/Biskut Marie * saya buat dua2 ( aku letak cornflakes + biskut marie + kek span )
Butter
1) Cairkan butter
2) Gaul dengan biskut yang ditumbuk/dikisar
3) Mampatkan dalam gelas/bekas ( ini utk cornflakes da biskut marie saja )

Lapisan 2
Cream Cheese
Gula halus/susu pekat
Whipping Cream Non Dairy
Blueberry Filling

1) Putar cream cheese dgn gula hingga kembang
2) Di bekas berlainan putar whipping cream hingga kembang
3) Campurkan kedua2nya dengan kaedah kaup balik atau putar perlahan
4) Bahagikan dua bahagian.
Satu bahagian saya tambahkan blueberry filling.
5) Satu bahagian lagi plain sahaja.

Lapisan 3
Coklat/ Strawberry Hershey ready made dalam botol.
Jika tak ada atau nak jimat kos boleh buat coklat ganache sendiri
* Panasakan whipping cream campurkan dgn coklat hingga cair dan masukkan sedikit butter.

Lapisan 4
Cream cheese plain tadi bersama coklat nips dan chocolate rice.

Cara Melapisnya:
1) Pertama biskut yang bercampur dengan butter cair tadi kita mampatkan dalam gelas/bekas.
2) Masukkan cream cheese blueberry tadi.
3) Picitkan coklat/strawberry hershey.
4) Masukkan pula cream cheese plain pula.
5) Akhir sekali masukkan coklat Nips dan chocolate rice.
6) Sejukkan dalam peti ais dan nikmatilah kesedapannya yang tak terhingga.....hihihi...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan