Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama.
“Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas.
Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.
1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
( yaaaa kuat nye aku..im super mommy )
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!! ( betul!! sgt merindui n tertunggu2 time tu )
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!! ( bl tersedar je time buat susu utk die da tau da masa tu utk bangun bersiap g kerja )
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru. ( betul!! sgt menginsafkan diri huhuhu)
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit.. ( huiii x dapat nk bayang kan kalau anak terasa sakit mst aku rasa sakit teramat sgt )
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-) ( eh ye ke???? hihihi )
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak. ( betul!! kalau tgk kes dera kanak2 kat tv otomatik teringatkan kat anak..nauzubillah..minta jauh dari sebarang perkara buruk )
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri. ( sanggup mencantikkan anak dl baru la cantikkan diri mak nye..tp maknye sempoi je dressup x mcm anak...cantik ya amat... hihihi )
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo! ( hahaha lg betul..wajib cek pampers 5 - 10 kali semate2 nak tengok poo poo anak )
10- Kita akan lebih menghargai diri kita. ( betul!!)
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja. ( wajib peluk ari2 n gomol puas2 )
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis. ( betul!!)
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh. ( sgt excited menunggu time ni )
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya. ( betul!!)
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka. ( betul!!)
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat! ( hahah sanggup mandi jap2 semate2 nk tgk keadaan ank kat luar )
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak! ( betul..asal anak lalu je kat depan uma jiran comfirm jiran tegur )
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak. ( byk da di lupa kan bl ada anak..bekorban demi anak )
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing. ( huiii sape yg x sayang anak oiii )
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!
( betul!!)