Khamis, 27 Disember 2012

lege..meh nak cerite sikit pasal wardah

waa da lama x update blog..arini baru rasa ada masa sikit nk update
lege sikit rasa nyer bila kerja kat opis ni da byk yg setle
kalau x mmg x sempat langsung nk jenguk blog ni
byk cite nk story ni tp kene tunggu dl yer
sekarang ni dalam keadaan risu sbb wardah demam panas ngan tibe2
da 2 ari die demam..malam td pun panas die naik dekat 38.7c..huhuh
kesian je tgk dieaku basahkan kepala die jap je da kering..
pastu masa ngah tido boleh lak die macam ngigau2 cakap..tp bl aku tgk mate die tutup je
merengek2 je die minta aku tepuk2 die ms tido tu.. da tepuk baru la lene sikit die tido
semalam gak bawa die g klinik kesihatan..doktor cakap panas sangat badan die so doktor masukkan
ubat kat punggung die..alhamdulillah nampak kurang sikit..tp bl malam je die naik panas blk...
harap arini demam wardah da kurang la
aku ckp kat de wardah demam nk besar yer..anak mama nak besar tu yg demam..
pastu die ckp... ape maaa...aku ckp wardah demam...die pn ckp wardah demam... sian wardah...hihihi
comel je die ikut aku ckp...walaupun dalam demam2 tu die nak gak senyum2 n main2 ngan aku...sayang anak mama..nnt cepat sembuh ye..da sembuh nnt leh la kite g bercuti..
papa da janji nak bawa kite g bercuti awal tahun nnt bl semua kerja mama da selesai.. yihaaaaa!!!


Photo: Budak kcik yg br lpas muntah dlm kerete..da la x bw bju lbh..so kene la die x berbaju dlm kerete
ni gambar siang sebelum die kene demam panas malam tu.. masa ni die muntah dalam kerete..baju lebih xde so kene tanggal kan baju .. bkn main suke lg die x berbaju masa tu siap gosok2 perut sambil nyanyi lg..alahaiii anak...

ni gambar semalam lepas amik dia dari uma mak mertua..badan da mula naik panas..terpakse tanggal kan baju die sbb tgk die x selesa

ni gambar malam td panas da mule naik ke suhu 38.7... time ni x sampai ati tgk die tdo x berbaju so aku pakai kan die baju sbb takut die sejuk..time tu tgk die menggigil je padahal mmg aku x on kipas



Rabu, 19 Disember 2012

kes Dera...


sebelum ni kite di kejutkan ngan pertemuan video kat you tube pasal penderaan kanak2 india oleh bapa tiri beliau... ( video seperti di bawah )


huhu x sanggup sebenar nye nak tgk tau tp gagah kan juga tgk..sampai terbayang2 aku macam mane rasa sakit budak tu bl di pukul, di tendang, di tumbuk..mmg xde perasaan langsung bapa tiri die tu... kesian sangat tgk budak tu terpakse menahan kesakitan... agak2 korang la kan ape lah kesalahan besar yg dilakukan budak tersebut sampai kene pukul macam tu kan????
ok dalam kes ni kite tolak ke tepi pasal isu kaum..yg aku nk tekan kan  kat sini x kire la cina ke melayu ke india ke pasti ada kes2 penderaan kanak2 ni.. cume sebelum ni kite byk di jamukan ngan kes2 yg dari kaum melayu je tp sebenar nyer kaum2 lain pun ada gak..aku rasa kesian sgt bl tgk anak2 kecil ni menangis kesakitan tau.. hope pesalah terbabit akan mendapat balasan yg setimpal dengan apa yg di lakukan pada anak2 tersebut... 
dan terkini aku baca paper harian metro pasal kes penderaan kat atas tu, bapak tiri budak tu da di tangkap n di hadapkan  ke mahkamah ...



KLANG: Mahkamah Majistret di sini tidak membenarkan ikat jamin terhadap seorang mekanik yang dituduh mendera anak tirinya berumur tiga tahun demi keselamatan mangsa yang tinggal bersama tertuduh.

Majistret Suhaima Mohd Noor, kemudian menetapkan 15 Jan depan untuk sebutan semula kes ke atas T. Rajasegaran, 32, dari Kapar di sini yang mengaku tidak bersalah menganiaya kanak-kanak lelaki itu sehingga menyebabkan kecederaan fizikal di sebuah rumah di Kapar, kira-kira jam 12.30 tengah hari pada September lepas.

Kes itu adalah rentetan kejadian dera terhadap mangsa menggunakan senduk nasi dan acuan maruku, yang disebarkan melalui laman Facebook baru-baru ini.

Timbalan Pendakwa Raya, Munirah Shamsudin @ Baharum, yang mengendalikan pendakwaan membantah ikat jamin diberikan kepada tertuduh atas alasan mangsa tinggal bersama lelaki itu.

Rajasegaran yang tidak diwakili peguam bagaimanapun memohon mahkamah membenarkannya diikat jamin atas alasan dia menanggung dua orang isteri yang tidak bekerja serta empat anak berumur antara lima tahun ke lapan bulan. - Bernama

sumber : harian metro


ok itu 1 kes..ini yg terbaru x sampi beberapa hari heboh pasal kes penderaan oleh baap tiri semalam aku ada terbaca pasal kes penderaan anak kecil lg..tp kali ni yg mendera nyer ada seorang teman lelaki kepada mak budak tersebut... budak tu baru umo 2 tahun..bayangkan la belum sah lg jadi bapa pada budak tu da berani nk dera..ya ALLAH...lelaki macam mane la org tu yer... kalau anak die sendiri sanggup ke die nk dera... dan berite terbaru aku baca paper arini, budak tu di sahkan meninggal dunia.. innalillah......budak kecik yg x berdosa...x tau la aku nak cakap macam mane.. aku sangat2 seriau bl teringat kan kes2 mcm ni... 

berita lanjut seperti di bawah : 


ALOR SETAR: “Arwah sempat makan ayam kicap yang saya masak dengan penuh selera sebelum dia ditinggalkan bersama teman lelaki saya,” kata Norhafiza Othman, 25, ibu kepada Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar, 2, yang maut dipercayai didera teman lelaki ibunya di sebuah rumah di Kampung Berjaya, Mergong, kelmarin.

Beliau berkata, kali terakhir dia bertemu anak tunggalnya itu kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin ketika dia hendak ke tempat kerja, tetapi Muhammad Faiz kelihatan sedih apabila dimaklumkan dia akan tinggal bersama suspek.

“Saya menerima panggilan mengenai kejadian yang menimpa anak saya itu kira-kira jam 3.30 petang semalam (kelmarin) ketika bekerja dan bergegas ke wad kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, tetapi anak saya disahkan meninggal dunia.

“Saya mahukan keadilan dan berharap kes ini akan selesai,” katanya yang ditemui di rumahnya di Flat Simpang Kuala, di sini, semalam selepas menerima kunjungan Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanifah.

Semalam, Harian Metro melaporkan Muhammad Faiz meninggal dunia dipercayai didera teman lelaki ibunya di sebuah rumah di Kampung Berjaya., dan disahkan mati sewaktu dibawa ke klinik berhampiran sebelum dirujuk ke HSB, kira-kira jam 3 petang selepas mendapati badannya lebam dan mengalami kecederaan.

Sementara itu, datuk mangsa, Othman Hashim, 47, berkata, sebelum ini dia yang menjaga kanak-kanak itu tetapi anak perempuannya, Norhafiza yang tinggal berasingan kerap mengambil Muhammad Faiz tinggal bersamanya.

Beliau berkata, dia pernah menegur Norhafiza apabila mendapati kemaluan mangsa dan seluruh badan kanak-kanak itu lebam serta cedera apabila cucu sulungnya itu dikembalikan tetapi anak kedua daripada tujuh beradik itu memberi alasan anaknya cuma jatuh dari motosikal.

“Disebabkan itu, berlaku pertengkaran antara anak sulung saya dengan Norhafiza menyebabkan beliau membawa Muhammad Faiz pulang ke Kampung Berjaya pada malam Jumaat lalu sebelum kami dikejutkan dengan berita kematian cucu kesayangan saya itu.

“Lebih menyedihkan lagi, pada sehari sebelum dia meninggal, arwah makan dalam jumlah yang banyak dan berselera menyebabkan saya seronok melihat gelagatnya tetapi tak sangka itu petanda dia akan meninggalkan kami sekeluarga,” katanya.

Nenek mangsa, Padzilah Ismail, 46, berkata, beliau tidak akan memaafkan suspek kerana sanggup melakukan penderaan terhadap cucunya sehingga menyebabkan arwah meninggal dunia, namun bersyukur kerana lelaki itu akhirnya ditahan polis pagi semalam.

Saya tidak akan melupakan sampai mati sepanjang tempoh menjaga arwah kerana kanak-kanak itu seorang yang aktif, petah bercakap serta tidak banyak kerenah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, Deputi Superintendan V Saravanan ketika dihubungi mengesahkan laporan bedah siasat terhadap kanak-kanak itu mendapati kematiannya berpunca akibat penderaan.

Beliau berkata, kanak-kanak itu dipercayai mati akibat kecederaan serius di seluruh badan terutama abdomen, bibir dan muka dipercayai akibat dipukul senjata tumpul berkemungkinan ditumbuk, di siku atau dipijak.

“Selain itu, mangsa turut mengalami kecederaan dalaman termasuk pankreasnya putus dipercayai akibat tindakan sama,” katanya.

Saravanan berkata, teman lelaki kepada ibu kanak-kanak itu yang berusia 27 tahun ditahan membantu siasatan kira-kira jam 3 pagi semalam.

sumber : harian metro

Selasa, 18 Disember 2012

hai..hai..bye..bye


rasa lama x update blog ni
sgt kebizian ngan kerja nk jengah jap pun x sempat.
nnt kalau da free aku lepak lama2 kat blog ni k
bye

Isnin, 10 Disember 2012

aktiviti hujung minggu - tasik perdana


aku rasa semua org akan ternanti2 kan hujung minggu kan diorang kan..ye la banyak aktiviti utk keluarga yg dah dirancang kan..ada yg nak g bercuti, berkelah, g jemputan kahwin, or mcm2 lg.. macam aku xde la berharap sgt nk berhujung minggu sbb en. suami kerja huhuhu..so kalau nk g mane2 pun kene tgu die blk keje petang tu..tp tgk gak cuace kalau cuace elok boleh la keluar ajak si wardah jalan2..kalau x paling koman pun g uma mak aku kat sentul..itu je la aktiviti aku... tp aritu kebetulan aku lepak uma mak aku pastu en.suami cakap die ada beli kan chese cake dr hotel Renaissance utk aku...waaa sgt best..aku tanye die knp beli? die kate saja je nk bg aku mkn sbb dr aritu aku dok ckp nk mkn chese cake jer.. hihihi...rezeki jgn di tolak... kebetulan kat uma mak aku buat bubur kacang.. ape lg...pesta makan la kitorang...




setel je makan kakak aku ajak g tasik perdana..konon nyer die nak try kete control yg die beli kan utk anak2 die... masa tu en.suami kene g kerja blk so xle la g lama2 sgt..naik 1 kerete je ngan kakak aku takut jem.. sampai je kat sana anak2 die terus x igt dunia punye main..ye la taman permainan kan..si kecik pn lagak mcm org dewasa gak..nak jalan sorang2 xnk org pegang tangan...org main die pun sibuk nak main..last2 en.suami ckp biar kan die main puas2 nnt mlm kang senang sikit nk tido sbb kepenatan..hihihi




















































puas main terus kakak aku hantar kitorang blk semula kat uma mak aku n amik kerete terus gerak blk uma.. time nak blk tu wardah da tdo da pun..haaa tu la main x igt dunia kan..masuk2 kerete je terus rasa ngantok..tp sebelum tido die membebel dl sambil nyanyi2... anak akak aku si nisa tu tukang joget je bl dengar wardah nyanyi..hihihi... so kitorang sampai uma da dkt kul 7..sampai je uma letak wardah kat katil en.suami siap2 terus keluar blk g kerja...huhuhu tgl la aku kesorangan time tu...sadis kan????? tp nk buat camne en.suami g kerja bkn g merendek...hihihihi.... ok la nnt sambung lg...bye..



SyAyUS sELAmErNyA BeRsAmA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

wArDAh SeKaRaNG

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers