sebelum ni kite di kejutkan ngan pertemuan video kat you tube pasal penderaan kanak2 india oleh bapa tiri beliau... ( video seperti di bawah )
huhu x sanggup sebenar nye nak tgk tau tp gagah kan juga tgk..sampai terbayang2 aku macam mane rasa sakit budak tu bl di pukul, di tendang, di tumbuk..mmg xde perasaan langsung bapa tiri die tu... kesian sangat tgk budak tu terpakse menahan kesakitan... agak2 korang la kan ape lah kesalahan besar yg dilakukan budak tersebut sampai kene pukul macam tu kan????
ok dalam kes ni kite tolak ke tepi pasal isu kaum..yg aku nk tekan kan kat sini x kire la cina ke melayu ke india ke pasti ada kes2 penderaan kanak2 ni.. cume sebelum ni kite byk di jamukan ngan kes2 yg dari kaum melayu je tp sebenar nyer kaum2 lain pun ada gak..aku rasa kesian sgt bl tgk anak2 kecil ni menangis kesakitan tau.. hope pesalah terbabit akan mendapat balasan yg setimpal dengan apa yg di lakukan pada anak2 tersebut...
dan terkini aku baca paper harian metro pasal kes penderaan kat atas tu, bapak tiri budak tu da di tangkap n di hadapkan ke mahkamah ...
KLANG: Mahkamah Majistret di sini tidak membenarkan ikat jamin terhadap seorang mekanik yang dituduh mendera anak tirinya berumur tiga tahun demi keselamatan mangsa yang tinggal bersama tertuduh.
Majistret Suhaima Mohd Noor, kemudian menetapkan 15 Jan depan untuk sebutan semula kes ke atas T. Rajasegaran, 32, dari Kapar di sini yang mengaku tidak bersalah menganiaya kanak-kanak lelaki itu sehingga menyebabkan kecederaan fizikal di sebuah rumah di Kapar, kira-kira jam 12.30 tengah hari pada September lepas.
Kes itu adalah rentetan kejadian dera terhadap mangsa menggunakan senduk nasi dan acuan maruku, yang disebarkan melalui laman Facebook baru-baru ini.
Timbalan Pendakwa Raya, Munirah Shamsudin @ Baharum, yang mengendalikan pendakwaan membantah ikat jamin diberikan kepada tertuduh atas alasan mangsa tinggal bersama lelaki itu.
Rajasegaran yang tidak diwakili peguam bagaimanapun memohon mahkamah membenarkannya diikat jamin atas alasan dia menanggung dua orang isteri yang tidak bekerja serta empat anak berumur antara lima tahun ke lapan bulan. - Bernama
sumber : harian metro
ok itu 1 kes..ini yg terbaru x sampi beberapa hari heboh pasal kes penderaan oleh baap tiri semalam aku ada terbaca pasal kes penderaan anak kecil lg..tp kali ni yg mendera nyer ada seorang teman lelaki kepada mak budak tersebut... budak tu baru umo 2 tahun..bayangkan la belum sah lg jadi bapa pada budak tu da berani nk dera..ya ALLAH...lelaki macam mane la org tu yer... kalau anak die sendiri sanggup ke die nk dera... dan berite terbaru aku baca paper arini, budak tu di sahkan meninggal dunia.. innalillah......budak kecik yg x berdosa...x tau la aku nak cakap macam mane.. aku sangat2 seriau bl teringat kan kes2 mcm ni...
berita lanjut seperti di bawah :
ALOR SETAR: “Arwah sempat makan ayam kicap yang saya masak dengan penuh selera sebelum dia ditinggalkan bersama teman lelaki saya,” kata Norhafiza Othman, 25, ibu kepada Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar, 2, yang maut dipercayai didera teman lelaki ibunya di sebuah rumah di Kampung Berjaya, Mergong, kelmarin.
Beliau berkata, kali terakhir dia bertemu anak tunggalnya itu kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin ketika dia hendak ke tempat kerja, tetapi Muhammad Faiz kelihatan sedih apabila dimaklumkan dia akan tinggal bersama suspek.
“Saya menerima panggilan mengenai kejadian yang menimpa anak saya itu kira-kira jam 3.30 petang semalam (kelmarin) ketika bekerja dan bergegas ke wad kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, tetapi anak saya disahkan meninggal dunia.
“Saya mahukan keadilan dan berharap kes ini akan selesai,” katanya yang ditemui di rumahnya di Flat Simpang Kuala, di sini, semalam selepas menerima kunjungan Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanifah.
Semalam, Harian Metro melaporkan Muhammad Faiz meninggal dunia dipercayai didera teman lelaki ibunya di sebuah rumah di Kampung Berjaya., dan disahkan mati sewaktu dibawa ke klinik berhampiran sebelum dirujuk ke HSB, kira-kira jam 3 petang selepas mendapati badannya lebam dan mengalami kecederaan.
Sementara itu, datuk mangsa, Othman Hashim, 47, berkata, sebelum ini dia yang menjaga kanak-kanak itu tetapi anak perempuannya, Norhafiza yang tinggal berasingan kerap mengambil Muhammad Faiz tinggal bersamanya.
Beliau berkata, dia pernah menegur Norhafiza apabila mendapati kemaluan mangsa dan seluruh badan kanak-kanak itu lebam serta cedera apabila cucu sulungnya itu dikembalikan tetapi anak kedua daripada tujuh beradik itu memberi alasan anaknya cuma jatuh dari motosikal.
“Disebabkan itu, berlaku pertengkaran antara anak sulung saya dengan Norhafiza menyebabkan beliau membawa Muhammad Faiz pulang ke Kampung Berjaya pada malam Jumaat lalu sebelum kami dikejutkan dengan berita kematian cucu kesayangan saya itu.
“Lebih menyedihkan lagi, pada sehari sebelum dia meninggal, arwah makan dalam jumlah yang banyak dan berselera menyebabkan saya seronok melihat gelagatnya tetapi tak sangka itu petanda dia akan meninggalkan kami sekeluarga,” katanya.
Nenek mangsa, Padzilah Ismail, 46, berkata, beliau tidak akan memaafkan suspek kerana sanggup melakukan penderaan terhadap cucunya sehingga menyebabkan arwah meninggal dunia, namun bersyukur kerana lelaki itu akhirnya ditahan polis pagi semalam.
Saya tidak akan melupakan sampai mati sepanjang tempoh menjaga arwah kerana kanak-kanak itu seorang yang aktif, petah bercakap serta tidak banyak kerenah,” katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, Deputi Superintendan V Saravanan ketika dihubungi mengesahkan laporan bedah siasat terhadap kanak-kanak itu mendapati kematiannya berpunca akibat penderaan.
Beliau berkata, kanak-kanak itu dipercayai mati akibat kecederaan serius di seluruh badan terutama abdomen, bibir dan muka dipercayai akibat dipukul senjata tumpul berkemungkinan ditumbuk, di siku atau dipijak.
“Selain itu, mangsa turut mengalami kecederaan dalaman termasuk pankreasnya putus dipercayai akibat tindakan sama,” katanya.
Saravanan berkata, teman lelaki kepada ibu kanak-kanak itu yang berusia 27 tahun ditahan membantu siasatan kira-kira jam 3 pagi semalam.
sumber : harian metro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan