ok sekarang ni dah masuk tahun 2015 dan comfirm2 lah korang semua dapat cuti baru kan.. mst ada yg dah plan ape nak buat dengan cuti yg ada kan.. meh sini i bg u all tip mcm mane nak jimatkan cuti....
Slot #1 : Tarikh cuti pada 30 Januari hingga 3 Februari. 5 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 30 Januari. 1 & 2 Februari cuti Hari Wilayah. 3hb cuti umum Thaipusam.
Slot #2 : Tarikh cuti pada 18 Februari hingga 22 Februari. 5 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 18 Februari. 19 & 20 Februari cuti Tahun Baru Cina.
Slot #3 : Tarikh cuti pada 1 hingga 4 Mei. 4 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 4 Mei. 1 Mei adalah cuti Hari Buruh.
Slot #4 : Tarikh cuti pada 15 hingga 19 Julai. 5 hari cuti
Nota : Ambil cuti pada 5 & 16 Julai. 17 & 18 Julai adalah cuti Hari Raya.
Slot #5 : Tarikh cuti 27 hingga 31 Ogos. 5 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 27 & 28 Ogos. 31 Ogos cuti Hari Merdeka.
Slot #6 : Tarikh cuti 16 hingga 20 September. 5 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 17 &18 September. 16 September adalah cuti Hari Malaysia.
Slot #7 : Tarikh cuti 24 hingga 27 September 4 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 25 September. 24 September cuti Hari Raya Haji.
Slot #8 : Tarikh cuti 14 hingga 18 Oktober. 5 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 15 & 16 Oktober. 14 Oktober adalah cuti Awal Muharram.
Slot #9 : Tarikh cuti 7 hingga 10 November. 4 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 9 November. 10 November pula adalah cuti Deepavali.
Slot #10 : Tarikh cuti 23 hingga 27 Disember. 5 hari cuti.
Nota : Ambil cuti pada 23 Disember. 24 Disember adalah cuti Maulidur Rasul. 25 Disember cuti Hari Krismas.
haaaaa amacam banyak cuti yg boleh jimatkan.. mcm aku tahun ni dah comfirm2 lah 3 bulan cuti bersalin..so cuti rehat mmg x usik lg ar.. memandangkan tahun lepas punye cuti pn aku foward ke tahun ni so bertambah2 lah cuti aku...
mmg dah cadang ngan en.suami nak g bercuti sebelum bersalin tp pilih tempat yg dekat2 lah sebab x larat dan takut nak berjalan jauh time dah dekat2 nak bersalin ni..hmmm agak2 mane ye tempat yang sesuai...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan