Rotan Tak Siap Kerja Sekolah- Bapa Buat Laporan Polis
BUTTERWORTH – Seorang bapa mendakwa anaknya kini mengalami tekanan emosi setelah seorang guru wanita merotan dan mengusirnya dari sekolah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.
Syahrul Asmawi Rashid, 35, berkata akibat kejadian Jumaat lepas itu, anaknya Nur Emilia, 12, murid Tahun Enam sebuah sekolah rendah di sini, kini trauma dan tidak lagi mahu ke sekolah.
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, katanya anaknya memaklumkan guru itu turut mengarahkannya mengambil borang tukar sekolah dan berpindah sekolah.
Syahrul yang berkerja sendiri berkata dia mengetahui kejadian itu pada kira-kira 9.30 pagi Jumaat apabila dihubungi guru terbabit yang memaklumkan anaknya telah pulang ke rumah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.
“Saya terkejut dan terus keluar mencari Emilia kerana dia tidak pulang ke rumah sedangkan rumah kami terletak tidak sampai 100 meter sahaja dari sekolah tetap kemudiannya berjaya menemui anak sulungnya itu sedang menangis di kawasan kampung,” katanya.
Syahrul berkata anaknya tidak menceritakan insiden yang menimpa dirinya itu sehingga rakannya datang pada sebelah petang dan memaklumkan kejadian sebenar.
“Bila kawan dia cerita, baru Emilia berani muka mulut dan menceritakan perkara sebenar dan kami kesal dengan sikap guru yang tidak hiraukan keselamatan muridnya apabila menghalau pelajar balik ke rumah,” katanya.
Katanya dia membuat laporan polis semalam.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang Tarmizi Kamaruddin ketika dihubungi berkata guru besar sekolah itu diarah menyiasat dakwaan itu.
“Mungkin cikgu itu mengambil tindakan mengikut emosinya kerana mengikut prinsip pendidikan guru tidak boleh menghalau anak murid kerana pelajar mempunyai hak untuk berada dalam kelas bagi menuntut ilmu,” katanya. – Bernama
Artikel disiar pada 31/07/2013 - 4:26 am oleh EDITOR
ok tu paper arini punyer cerite..gara2 x siap kerja sekolah murid tersebut telah di rotan n di halau balik..bl bapanye dpt tau terus di buat report kat balai polis.. hmm ntah ar aku pun kadang2 terpikir betul ke tidak tindakan bapa nye tu n betul ke tidak tindakan guru tersebut..
meh sini aku nak cerite dl ms aku sekolah mmg aku pernah kene pukul ngan cikgu tau..kalau pukul kat tangan kaki tu aku rasa ok la tp yg aku kene dl adalah kat kepala dengan pembaris kayu lg tu..kes nye sbb aku ni dl kecik2 x pandai nk spelling english.. bl kene pukul kat kepala tu xde lak aku balik ngadu kat mak pak aku...aku pun x terpikir knp aku langsung xnk ngadu kat mak pak aku..mayb kalau aku ngadu pun mst bapak aku akan sound blk aku kot..yela bapak aku time tu garang tau nk tgk mata die pun takut..
so lepas kene pukul kat kepala tu terus aku berdendam n berazam nk tunjuk kat cikgu tu aku boleh hafal spelling tu.. and alhamdulillah aku dpt hafal n bila cikgu suruh spell aku pun jawab dengan bangga nye..bl betul rasa gembira yg teramat sangat tau..lepas dr tu aku dok terpikir agaknye kalau cikgu x buat mcm tu mst aku x pandai nk ngeja..haa time aku kene tu aku darjah 2 tau..haaaa sampai sekarang aku igt lg kes tu n nama cikgu tu...
bl aku lalu je kat sekolah lama aku tu ngan en.suami mst aku cerite blk kes aku tu..lepas tu en.suami ckp kalau cikgu x buat mcm tu kat aku xde la aku jadi mcm sekarang..hmmm betul gak ape yg en.suami tu ckp..klu cikgu2 dl x garang aku rasa mst aku pun x jd mcm sekarang..ntah bagaimana lah kehidupan aku kan...
kalau nk ikutkan cikgu2 dl lagi garang dari cikgu sekarang tau.... dl kalau kat sekolah teknik tu nampak je cikgu disiplin aku lalu mst die pegang rotan berkeliaran budak2 lelaki lari..mane x sempat lari abis ar kene libas..tp xde lak kes sampai mak bapak diorang report kat polis..elok je diorang sekarang ni kerja bagus2...
mungkin lah budak2 sekarang terlampau manja tahap gaban ngan mak pak nye kan.tu yg kene marah sikit da ngadu kat mak pak diorang..pastu makpak yg x tau cite betul terus g sembur cikgu terbabit..patut nye mak pak murid2 ni kene lah selidik dl knp cikgu buat mcm tu..mst ada sebab punye..xkn lah cikgu tu giler nk marah or rotan murid2 sesuka hatikan.. kalau xde angin masakan pokok bergoyang..cewaaahhh..
tp aku pun x leh nk ckp banyak sbb aku pun ada anak..aku pun x tau mcm mane keadaan aku kalau anak aku kene mcm kes tu kan..tp aku harap sangat kalau aku kene kes2 mcm ni aku boleh muhasabah diri dulu ...pikir n selidik dl knp cikgu berbuat demikian..xnk ar nnt mcm org giler dtg sekolah dok terpekik2 marah kan cikgu padahal mmg sah2 la anak kite yg buat salah..
tp kesian kan kat cikgu2 yg mendidik anak2 kat sekolah ni..yela diorang sebenarnye terbeban ngan byk kerja di sekolah..kemudian ngan perangai2 murid di tambah lak ngan perangan mak pak murid2 tu...semua nak dipikirkan..tu belum lg termasuk nk pikir pasak hal2 family diorang lak..mmg betul2 terbeban la aku rasa..
hmm dl mmg cite2 aku nk jadi cikgu tp aku syukur lah sbb aku x jadi cikgu sekarang sbb aku rasa kalau aku jd cikgu mmg aku x pat nk bertahan lama ngan keadaan2 sekeliling ni...
so pada cikgu2 semua kat luar sana saya tabik spring ar kat anda sebab mampu mengawal keadaan ngan baik..dan akhir kata dari saya selamat hari guru kepada anda semua..waaaaa boleh lak tersesat ucapan hari guru...mueheheehehe ...layan je la kepala aku tengah sengal sekarang... lalalalala
btul sangat.... tp mungkin juga cikgu sekarang ni melampau sampai halau balik dr sek. memang bahaya. Kalau berdiri luar kelas tu ok la lagi.
BalasPadamitu ar pasal..cikgu2 sekarang pun x mcm dl..mayb sikap kurang bersabar kat cikgu2 ni kene lebih lg bl berhadapan ngan murid2 kat sekolah..kalau dpt cikgu yg jenis cepat marah lg la takut diorang bertindak melulu je..
BalasPadam