Rabu, 24 Oktober 2012

snek buah utk wardah


BUAH-BUAHAN adalah sumber makanan alami yang sudah tersedia ada dan mudah didapati, tetapi sayang, ia kadang kala dilupakan begitu saja terutama mengenai khasiatnya. so ari minggu aritu aku sediakan menu buah - buahan utk si kecik.. ala simple jer..kebetulan dalam peti ais ada 2 jenis buah je anggur n apple, so ape lg.. aku potong2 kiub pastu campurkan sekali dgn yogurt.. haaa kan da siap.. senang kerja..amik sudu garphu letak dlm mangkuk mkn ngadap tv..

bl tunjuk kat si kecik bukan main excited die..aku letak kat bawah pastu angkat blk terus die nangis.. die igt aku xnk bg die mkn..hihihi...sedap pulak bila campur buah ngan yogurt..selalu mkn cicah kuah rojak jer.. wardah time tu lak dok kje mkn yogurt jer buah die xnk..last2 aku pakse baru nk mkn... tp mcm bese  la byk main2 je masa mkn..so last2 banyak la buah masuk dalam mulut mama die..ahaks!!!!


apple + anggur + yogurt..
nangis sbb igt mama xnk bg die mkn buah
bkn main eksyen lg gaye nyer nk mkn
di kuis2 nyer buah tgk ape yg mama hidangkan utk die aritu
percubaan pertama merasa...
hmmm sedap gak mama.. bg wardah mkn yogurt kosong je la mcm ni maaa

kebetulan aku ada search kat internet pasal buah - buahan so aku terjumpa la pasal khasiat buah - buahan .. so aku kongsi kan kat sini yer..
( aku copy paste je yer..nk taip n olah rasa lenguh je jari jemari i ni hihihi )

sumber :sini





Khasiat Buah-Buahan:

Anggur/kismis





Mengurangkan risiko kanser, strok, penyakit jantung dan kehilangan ingatan, antipenuaan, antioksidan, antiradang, menjaga kesihatan kulit, mata, kardiovaskular, kesihatan gastrik, kesihatan saluran kencing dan menentang penyakit gusi.

Oren



Menjaga kesihatan jantung, penglihatan, pelalian dan mengurangkan risiko pelbagai kanser. Antioksidan, membantu perkembangan otak janin dan mengawal tekanan darah.

Epal



Mencegah demensia, mencegah kenaikan berat badan, menurunkan kolestrol, menentang kanser dan anti oksidan.

Pear



Antioksidan, menjaga kesihatan kardiovaskular, antiradang, menjaga kesihatan jantung, menyembuhkan luka dan lebam, membaiki tisu, menjaga kesihatan penglihatan, menentang jangkitan, menyokong transmisi saraf, melawaskan perut.

Pisang kaki



Menjaga kesihatan penglihatan, melegakan sembelit, cirit-birit, hemoroid (buasir) dan antioksidan.

Mangga





Antikanser, menjaga kesihatan penglihatan, membantu penghadaman, menjaga kesihatan kulit, membantu membaiki kesihatan seksual, berfaedah bagi anemia dan mencegah selaran panas.

Kiwi



Membantu mengatasi insomnia, mencairkan darah untuk kesihatan kardiovaskular (menurunkan kolesterol dan trigliserida), membantu membaiki pernafasan kanak-kanak (pendek nafas, berdehit dan batuk malam), mencegah kerosakan kulit yang menyebabkan kanser kulit, menjaga kesihatan penglihatan, kesihatan kolon dan kesihatan prostat.

Pisang



Antikemurungan (membantu membaiki ragam diri dan tidur), antioksidan, mengawal tekanan darah, meningkatkan daya tumpuan dan menguatkan ingatan, meningkatkan tenaga, menjaga kesihatan jantung, mengurangkan risiko kanser, melegakan ciri-birit dan juga sembelit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SyAyUS sELAmErNyA BeRsAmA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

wArDAh SeKaRaNG

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers