Khamis, 18 Oktober 2012

perbezaan handphone AP set VS Original VS Underwater Set



nk story sedikit la semalam lepas blk kerja en.suami jemput, kitorang terus singgah ke low yat sekejap nk survey handphone.. hihihi dalam ati cadang nk mencari handphone baru.. almaklum la da lama x merasa menukar2 handphone.. kalau dl sebelum kawen rajin gak la ikut perkembangan telefon ni tp sekarang da terlampau byk koleksi telefon di pasaran so da x terikut ..mmg byk pilihan kat pasaran sekarang ni..tp sekarang ni yg glemer adalah brand samsung n apple.. tp aku lebih berminat kepada samsung..en.suami kate apple ni payah sikit klu gune.. n lagi 1 samsung ni byk gak la model so korang boleh pilih mane 1 korang nak asalkan poket korang penuh tunjuk jer mana berkenan..hihihi


tujuan sebenar nk tukar handphone ni adalah telefon aku ni da parah da..mane x nyer asyik jatuh jer di kerja kan si kecik..nasib la handphone x mahal klu x mmg meraung la aku..lg 1 nak nampak kan barang memandang kan aku ada main kutu n kebetulan turn aku lak dpt duit tu.. so xnk la duit tu keluar mcm air je kan...


sebelum nak beli telefon mmg puas alah aku dok google cari mane yg berkenan n nk kumpul ilmu sedikit takut tertipu beli yg bkn ori kan.. tu yg lepas da survey en.suami ckp try g kat low yat n kite tgk kat samsung mcm mane nk gune telefon yg aku minat tu..setakat survey dlm internet jer n x pegang camne nk tau kan.. betul gak tu..sbb kali ni klu boleh nk beli handphone yg elok bersesuaian dgn duit yg akan di keluarkan tu..


sambil2 jalan berpimpin tangan ( ohhh rs mcm bercinte tau!!! ) kat low yat tu kitorang g la survey..kalau ikut kan hati aku berminat dgn samsung galaxy note.. tp bkn note II la sbb mmg la aku x mampu..nnt x terbeli lak pampers n susu wardah..hihihi... dalam masa yg sama mate dok peratikan galaxy SIII lak..waaa mane 1 ni.. bl tgk harga kat samsung due2 telefon tu harga dkt RM1999 ....perghhhh giler la..berbaloi ke aku beli dgn harga mcm tu...


en. suami ckp jom kite pusing2 dl sekitar bagunan low yat and sg.wang tgk handphone area situ dl mcm ne harga nyer.. puas dok pusing2 harga yg aku leh dpt kat area sg. wang setakat ni bg aku paling murah adalah RM1450... byk gak beze harga nyer dgn samsung.. lain2 kedai lak ada yang tawar harga dari RM15++ - 17++.. kalau di ikut kan mmg nk beli kat sg. wang tu jer tp aku ckp kat en.suami nnt la blk uma pk2 kan dl..lg pun x nk la terburu2 beli.. tp bl lalau 1 kedai aku try la tanye bp harga handphone yg aku nk tu..dia ckp RM17++..aku mcm diam je la..dia tanye bape harga yg u nak..ni original punyer..bkn AP..kalau AP mmg u boleh dpt murah tp x sama mcm ori tau..itu pasal harga die murah.. gulpp!!!! mcm mane aku boleh lupe ttg tu...padahal sebelum nk keluar survey aku ada terbaca pasal AP set iaitu Approved Permit ..pulak tu aku leh terlupe lak tanye kat kdai sg.wang td telefon yg die bg harga murah tu original ke AP.. hmmm nasib la aku x buat keputusan terburu terus beli td..


so semalam kesudahan nyer xde la aku beli handphone..aku ckp kat en.suami kite g survey je la dl kat mines lak...nasib x tertipu tadi kan..hihihi.. kebetulan aku n en.suami time tu tgh kelaparan sbb x mkn lg, so aku try lah meng"ofer" en.suami sama ada die nk aku belanja die makan nasi atau telefon??? nasib la time tu die ckp nk mkn nasi kire selamat gak la duit aku..hahahah


waa panjnag lebar aku bercerite kan..padahal aku cume nk kongsi kan sedikit info je ngan korang pasal AP set VS Original VS Underwater Set ni.. hihihi




AP SET?

Apa pula AP set? AP set ialah telefon yang diimport dengan kebenaran kastam, yakni telah dicukaikan oleh kastam dengan mendapat Approval Permit. AP set ertinya telefon ini diimport oleh Syarikat2 yang selain daripada pengedar yang sah (authorised distributor) seperti yang telah disebutkan tadi.

Ada di antara syarikat2 yang import ini adalah syarikat yang besar. Jadi dia boleh memberi jaminan yang agak elok juga, kerana syarikat jenis ini banyak cawangan di seluruh malaysia. Jaminan yang diberikan bukanlah jaminan daripada NOKIA atau SAMSUNG atau SE atau dengan kata lain, bukan jaminan pengilang, tetapi jaminan oleh pengimport itu sendiri.

Oleh itu, jaminannya sangat terhad. Kadang2 banyak songeh bila telefon ada problem. Lepas tu yang paling teruk, biasanya Charger dengan beteri kadang kala barang tiruan yang digunakan, bukan charger yang original daripada kilang telefon itu sendiri. Lebih2 lagi zaman sekarang yang banyak barangan tiruan daripada China yang murah2.


ORIGINAL?

Apa yang dimaksudkan dengan ORI sebenarnya ialah telefon-telefon yang diedarkan oleh PENGEDAR YANG SAH yang dilantik dan diberi lesen pengedaran yang khas oleh pengeluar-pengeluar telefon seperti Nokia, Samsung, Motorola, SonyEricsson, Siemen dan lain-lain lagi.

Telefon ini telah disediakan khas untuk jualan di Malaysia dengan beberapa sistem yang diselaraskan dengan sistem yang disokong oleh industri telekomunikasi Malaysia. Contohnya sistem bahasa Malaysia dalam telefon bimbit dan dalam buku panduannya.

Walaupun harganya mungkin agak mahal, tetapi anda akan rasa lebih selamat menggunakannya kerana jaminan yang diberikan adalah jaminan oleh PENGILANG sendiri. Ertinya, sekiranya berlaku kerosakan telefon anda, termasuk kerosakan kamera, anda boleh claim warranty dalam tempoh jaminan tersebut. Bahkan dalam sesetengah kes, pada luar tempoh jaminan pun dapat juga. Hati akan lebih tenang kerana anda tak perlu cakap banyak atau bertengkar dengan apek penjualnya.

Cari saja cawangan2 NOKIA, atau SAMSUNG atau apa jua jenama di negeri2 seluruh Malaysia, anda boleh bawa ke mana-mana cawangan jika ada kerosakan. Bahkan bagi sesetengah telefon ada Insurans untuk kerosakan bila telefon masuk air pun!

Berikut adalah senarai pengedar SAH (authorized distributor) bagi jenama telefon di Malaysia:
NOKIA – Zitron, Avaxx dan I-mobile/Samart.
SAMSUNG – FMG (Sole Distributor)
Motorola – FMG, Brightstar dan I-Mobile/SAMART
SonyEricsson -Midland, Thorus dan T-Choice.

Itulah antara Syarikat2 yang merupakan pengedar yang sah di Malaysia. Selain daripada itu adalah pengedar tidak sah walaupun mereka dakwa ORI set.

Selain daripada jaminan yang boleh menenangkan jiwa, anda juga boleh menyertai Club2 dalam internet yang disediakan oleh Samsung / Sony Ericson atau lain-lain dengan memasukkan no siri telefon yang original anda.


Underwater Set Pula?

Underwater set ialah henfon yang dimasukkan ke Malaysia secara haram, tanpa membayar cukai. harganya jauh lebih murah, tetapi jaminan yang diberikan oleh taukey kedai saja. ertinya kalau rosak, anda tak boleh pergi ke tempat lain kecuali kedai itu. Charger dan beteri biasanya adalah yang tiruan saja.

Antara AP dan Underwater ini kadang2 saling bercampur baur. Ada yang didakwa AP tetapi sebenarnya diimport secara haram. Bahkan kalau anda tengok di telefon anda ada logo VODAPHONE, ataupun TIM, memang sahlah telefon itu adalah underwater, atau pun sekurang2nya AP.

So, bila membeli yang AP atau yang ORI, anda janganlah mengharapkan warranty yang bagus. Apatah lagi kalau masuk air.


BAGAIMANA NAK CAM?

Bagaimana nak tahu yang diedarkan secara sah atau telefon jenis Authorised ini. Untuk nak tau sama ada telefon itu jenis edaran oleh pengedar sah ini;
Paling utama:

anda kena lihat pada sticker belakang henfon, kalau tertulis selain dariapada syarikat2 yang sah yg disebutkan di atas, maka ia adalah AP atau Underwater. Stiker yang ORI biasanya tidak akan ditampal melindungi nombor siri telefon.
Kedua:

anda boleh tengok kad warranty, kad warranty daripada pengedar sah, akan tertera nama syarikat pengedar yang sah tersebut.
Ketiga:

No Siri telefon: IMEI di belakang battery henfon itu sama dengan nombor siri di kotak. Jika anda membeli yang ORI, pastikan anda dapat kotak yang ada Nombor Siri yang sama dengan henfon. Sekalipun di telefon anda tertulis ZITRON, jangan terima kotak yang nombor sirinya berbeza dengan di telefon anda.

Itulah sedikit sebanyak panduan yang mungkin sudah biasa bagi sesetengah orang tapi mungkin satu pengetahuan bagi sesetengah orang. Dengan penjelasan ini, diharap anda tidak tertipu lagi dengan istilah ORI yg selalu digunakan oleh penjual2 di kedai2 telefon bimbit. Sekurang2nya kalau anda nak beli yang AP pun, anda tahu yang itu memang AP dan anda dah tahu yang mana yang ORI dan yang mana yang AP.

Sekarang ini, terpulanglah untuk anda memilih yang mana sesuai bagi anda. Nak murah, pilih AP, ada duit lebih ambik yang ORI lagi selamat.



sumber : sini


psstt aku da mula malas nk menaip so aku copy je dari sumber yg aku baca k..


ok, so ape kate korang buka handphone korang n keluarkan bateri.. tgk kat stiker tu ape yg di tulis..jeng..jeng..jeng...





HTC = Sis Distribution






Motorola = Midlands / Thorus / Brightstar





Nokia = Zitron / AvaXX / i Mobile





Blackberry = I Samart / Brightstar




LG = Thorus





Samsung = Samsung / FMG





Sony Erricson = Midlands / Grandtech / T-Choice

1 ulasan:

SyAyUS sELAmErNyA BeRsAmA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

wArDAh SeKaRaNG

Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers